Tuesday, February 17, 2009

Jangan Buang Sampah



Hari ini saya datang opis macam biasa. Tension betul banyak betul sampah dekat depan opis nih. Kita bersihkan dan kutip masuk dalam tong sampah, esok-esok ada jer manusia yg ringan tangan buang sampah dekat sini. Hari tuh kak ina dah sound budak-budak sekolah yg buang sampah kat situ, tapi mungkin hati mereka dah agak tertutup untuk menerima nasihat dan mungkin juga akal mereka masih belum dapat memahami kenapa kita tak boleh buang sampah merata-rata. Namun begitu, memang tak dinafikan hal ini juga berlaku kepada orang yg sudah dewasa. Dah org besar pun macam tu, apatah lagi budak-budak. Sikap tidak bertanggungjawab ini yg sudah dilentur dari rebungnya memanglaa menyusahkan hidup manusia sejagat.

Membuang sampah ketempat yg betul bukanlah suatu perkara yg susah, malah untuk buang sampah merata-rata adalh lebih susah kerana seseorang itu harus berhati-hati sebelum melakukan perbuatan ini supaya tidak dapat dikesan atau ternampak oleh org lain. Saya menyeru, dikesempatan ini supaya semua rakyat Malaysia sama-samalah menjaga kebersihan persekitaran kita, kebersihan itu dapat mewujudkan persekitaran yg sihat dan cantik serta selesa untuk kita juga dan bukan org lain. Buat silap tu biasalah tapi membetulkan kesilapan itu adalah lebih baik dan mulia. Sama-samalah kita menjaga kebersihan. Buanglah sampah ditempatnyer.

No comments:

Post a Comment