Sunday, September 27, 2009

Hantaran yer

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta... ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramaikelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang..
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat..'

May Allah bestow this favour on all of us.

Tuesday, September 8, 2009

Happy Birthday Sayang



ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan Siti Fatimah Binti Saipuddin
ALLAH selamatkan kamu

Thursday, September 3, 2009

Resepi 001 (Nasi Briyani Asalboleh)




Resepi telah dipetik dari satu laman web yg hebat....cubalah...

Nasi:

Bahan2:
- 400 g beras (dibasuh dan disejat)
- sedikit minyak zaitun (atau butter, minyak sapi)
- 1 bij bawang besar (dihiris)
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 camca teh garam masala
- ½ camca teh serbuk kunyit
- 2 biji cili padi
- 4 sudu besar yogurt asli
- 150 mlm susu cair (dihiris)
- sedikit garam dan gula

Cara Menyediakan Nasi:
- panaskan minyak
- tumis bawang, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga naik bau
- masukkan yogurt, garam masala, kunyit, garam, gula dan gaul seketika
- masukkan sedikit air dan cili padi
- masukkan beras dan susu. Tambah air jika perlu.

Untuk lauk:

Bahan2:
- 1 kilo ayam (dipotong dan dibasuh)
- 1 ½ ulas bawang besar
- 3 bawang putih
- sedikit halia
- 1 btg serai
- 6 sudu besar rempah kari daging
- madu (atau gula) dan garam
- sedikit serbuk cili (atau cili padi)
- 7 sudu besar yogurt asli (atau santan, susu cair)
- 2 kuntum bunga cengkih

Cara Menyediakan Lauk:
- semua bahan(kecuali ayam) dikisar halus
- ayam diperap dalam bahan2 tadi selama 1 jam kemudian diletak dalam dulang oven
- masukkan dalam oven selama 40 minit, suhu 200°.

Salad:

Bahan2:
daun salad
tomato
timun
bawang (jika mahu).

Cara2:
- kesemua sayur dihiris dan diletakkan dalam mangkuk.
- masukkan sedikit garam, minyak zaitun dan jus limau.


p/s: - Untuk nasi, boleh juga dimasukkan daging lembu atau daging kambing dan pelu dimasak sebelum dimasukkan beras.

Wednesday, September 2, 2009

Tuesday, September 1, 2009

Monday, August 31, 2009

AMALAN SEORANG BAKAL AYAH


(dipetik dari sebuah artikel drpd sebuah portal..)

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya Tanya dia"mengandung agaknya?" Dia kata tak ada.Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata....isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik.

Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.

Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat,asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan,bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh,manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat.. Begitu juga dengan anak dan isteri kita.Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya ..ameen..wassalam.

Monday, August 17, 2009

Thursday, July 23, 2009

Wednesday, June 10, 2009

OGA 2009

Asia oil and gas biggest exhibition is in town. Datanglah beramai-ramai. Lots of great stuff in there.

Monday, May 25, 2009

Monday, May 4, 2009

SEMSAS

Huhuhu, lama dah rasanyer tak tgk kenderaan besar ini. Dulu, aku naik menda alah nilah pergi melawat,main hoki, pergi camping dan macam-macam lagilah aktiviti luar. Nampak elok lagi bas sekolah nih. Bukan sume sekolah ada bas antik nik. Only the chosen one and only the school yg ada drebar bas yg pandai jage bas jer dapat maintain bas klasik nih sampai sekarang. Cayalah..pakcik bas

Wednesday, April 29, 2009

UEFA Champions League


Hohoho datang lagi setelah sekian lama menyepi. Manchester United menang dengan penuh keyakinan di tempat sendiri. Pagi united pasti lebih cerah dan meriah jikalau Almunia tidak berjaya menahan percubaan merbahaya united. Memang first class saver Almunia semalam. Tension MU. Hahhaha. Namun begitu, Ferdinand telah dikejarkan ke hospital and he is doubtly to feature in Emirates stadium next tuesday. Walauapapun, the chances for both team still widely open. Pasukan yg lebih layak will go to the finale. Hohoho, Majulah sukan untuk negara.

Monday, April 6, 2009

Bunga Untuk Si Dia

Lama sungguh rasanya tidak bertemu si dia yang tercinta. Makan tak lalu, mandi tak basah dibuatnyer. Masa dirasakan berlalu begitu perlahan. Hmm...hmm...hmm...

Thursday, April 2, 2009

KELAHIRAN BARU


Tahniah kepada Encik Muhammad Ali Hanafiah bin Saipuddin kerana baru sahaja menerima cahaya mata pertama. Syukur Alhamdullilah kepada hadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang bayi perempuan yang amat comel sebagai cucu sulong keluarga Encik Saipuddin. Semoga ALLAH SWT merahmati dan memberkati ahli keluarganya dunia dan akhirat. Nampaknya bertambah cerialah Puan Rustidah dan kucing-kucing kesayangannya mungkin akan iri hati selepas ini. Kepada rakan-rakan, bolehlah mula beli baju baby girl untuk anak Encik Ali. Tahniah bro...

Wednesday, April 1, 2009

HOW TO POST COMMENT

  1. First of all, kawan-kawan have to click the comment icon. Then, select you profile. This needed as guide for us to know who is giving the comment.
  2. We recommend that you choose Google Account.Click the Google Account Words.
  3. Next is to type your comment. After that, just click the Post Comment Icon.
  4. You will be request to fill in the password. Please note the uppercase and lowercase words.
  5. You will be ask to verify you google account. Don't worry, this is only for first time user.
  6. Walla...Your comment is posted in my Blog...Congratulations...

Tuesday, March 31, 2009

The Iron Wall

Dear all,

COMPLETE will be screening The Iron Wall. This is one documentary not to be missed. The documentary very clearly depicts the catastrophic effects of the wall on the lives of the Palestinians. Close to 90% of the wall's construction is inside the West Bank, effectively cutting people off from families, schools, farmlands, hospitals, workplaces... In other words, completely isolating them.

Through animation, the wall's destructive and divisive path is clearly illustrated, as are the systematic demolition of homes, destruction of olive trees, the pain and anguish of an occupied people and the terror faced by the m

You'd be shocked at the wanton aggression of arms bearing settlers, terrorising an already oppressed people.

Don't miss this special screening. Come witness the crimes committed against the Palestinians, who perhaps can stake a claim to being at the epitome of the world's neglect and ignorance the longest.

Date: Sunday, 5th April
Time: 9.30 am - 1 pm

Place: DBKL
Auditorium, Jln Raja Laut, KL
Entrance: Minimum contribution of RM 20 & RM 10 for students


Program:

09.30 am Arrival of Guests

10.00 am Welcome address by COMPLETE Chairman

10.15 am Official Opening by YB Dato' Seri Utama Dr.
Rais Yatim
10.30 am Screening of The Iron Wall

11.30 am The Iron Wall Forum

12.30 pm Q & A

1.00 pm Palestine Awareness Campaign at PLUS toll booths


Panelists include the Palestinian Ambassador to Malaysia, a senior official from Ministry of Foreign Affairs Malaysia & another Ambassador of a major stakeholder in this issue.

The Awareness Campaign will see our volunteers heading out to designated PLUS toll booths, distributing leaflets on this issue in all the 4 major languages of Malaysia. For those who are interested in volunteering for the awareness campaign, please email Azra Banu .COMPLETE Secretary at azrabanu@gmail.com .





RF TEMS Super Series

AM REMPUH TEMBOK BESAR

AM akhirnya berjaya mengecap kejayaan bergaya di RF TEMS Super Series. Pemain handalan Malaysia, AM dan pasangan badmintonnya Hoho (gambar) telah berjaya memenangi pertandingan badminton paling berprestij pada abad ini. Bermula dengan agak perlahan, pasangan yg baru dibentuk ini, mula bangkit dan memenangi set pertama dengan keputusan 18-17. Kemaraan pasangan sensasi ini tidak terhenti disitu sahaja, mereka terus melakar kemenangan demi kemenangan mengatasi pasangan yang lebih senior iaitu X-Dolah-X dan Tibty Net. Permainan net yang cuba dipamerkan oleh tibty akhirnya memakan diri sendiri apabila Am dan Hoho lebih banyak memerangkap tibty dengan permainan di net yang sangat sangat menakjubkan. Smash padu Hoho(gambar) menceritakan malam gemilang gandingan sensari baru dunia tersebut. Hehehehe...Komen jgn tak komen...

Thursday, March 26, 2009

RF TEMS Super Series

TIBTY AKHIRI KEMARAU

BEKAS juara Seluruh Gebeng, Tibty berpeluang menamatkan kemarau kemenangannya di pentas antarabangsa apabila melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Terbuka RF TEMS semalam.

Menyertai Tibty pada aksi akhir perseorangan lelaki semalam ialah pilihan pertama kejohanan, X-Dolah-X.

Pada pusingan akhir semalam, Tibty yang kali terakhir bergelar juara pada Terbuka Syamiras tahun 2006 dipaksa bekerja keras sebelum menang 15-9 ke atas pemain handalan dunia, X-Dolah-X.

Welding Class 11

WELDING POSITION

Basically there are four types of welding position. These positions are represented by number.
  1. = FLAT
  2. = HORIZONTAL
  3. = VERTICAL
  4. = OVERHEAD

Wednesday, March 25, 2009

EARTH HOUR


On March 28, 2009 at 830pm, billions of people in more than 500 cities and 75 countries around the world will come together once again to make a bold statement of concern about climate change by turning off their lights for one hour-EARTH HOUR. An event that symbolizes by working together , each of us can make a positive impact in the fight against climate change.

Here in Malaysia, it sends a message that Malaysian care about this issue and stand with the rest of the world in seeking to find solutions to the escalating climate crisis. With every flick of a light switch, a vote is cast for lasting action and solution to the escalating climate crisis.I still remember last year earth hour campaign when i still in my university.

From melting glaciers to increasingly intense weather patterns, climate change is already impacting life on our planet. To alter the course of climate change, we must act now. Please vote for the earth. I am only just one person...

MENANAM SAHAM AKHIRAT




Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan yang dihormati. Disini ada satu tawaran untuk menanam saham akhirat.Pihak MaBiQ (Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran) bercadang untuk membina sebuah banggunan tambahan untuk kemudahan Guru dan Pelajar Maahad tersebut. Bangunan ini dianggarkan berjumlah RM200,000. Namun begitu, pihak MaBiQ hanya mempunyai peruntukan sebanyak RM 30,000 dan mengharapkan rakan-rakan yg prihatin untuk merealisasikan usaha murni ini.Kawan-kawan boleh mendapatkan maklumat tentang MaBiQ dengan lebih lanjut dengan melayari http://mabiq.blogspot.com/ .Disitu ada tertera nombor akaun untuk menderma. Renung-renungkan dan selamat beramal.

RF TEMS Super Series

Rabu, 25 Mac 2009. Kejohanan RF TEMS Super Series nampaknya semakin mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih ramai pemain badminton berkelas dunia. Kehadiran pemain ternama JET Kontrol Macho(Gambar) yang diterbangkan khas dari IM 14 telah menaikkan lagi status kejohanan yg bertaraf 5 bintang ke satu standard yg lebih tinggi. Permainan kemas dan bersahaja daripada pemain handalan tersebut berjaya memukau peminat yg hadir menyaksikan perlawanan pada malam semalam. Namun begitu, kejohanan malam semalam lebih tertumpu kepada kehebatan pasangan Antutenet dan Hoho. Permainan pantas dan tangkas yg dipersembahkan berjaya mengucarngacir permainan pasangan handalan dunia yg lain terutamanya pasangan yg baru dibentuk iaitu Am Suara Besar dan Jet.

Jurulatih Badminton Negara, Hj Misbun Sidek, ketika ditemubual oleh wartawan (Gambar) menyatakan " Saya yakin dengan persembahan anak buah saya pada malam ini"merujuk kepada permainan menarik dan memukau pasangan Antutenet & Hoho. "Mereka tahu apa yg mereka lakukan dan saya hanya perlu menonton sahaja dari tepi". Pada malam tersebut, persembahan satu lagi pasangan negara agak tenggelam. Tibty Net dan X-Dolah-X nampak tidak selesa dengan Grit baru raket masing-masing. Kedua-duanya nampak bergelut untuk menyesuaikan diri dengan Grit baru tersebut. Namun begitu, perlawanan yg ditampil semalam sememangnya bertaraf tinggi dan setiap pemain harus dipuji kerana menampilkan semaangat juang yg tinggi... Sekian..Majulah Sukan Untuk Negara..Komenlaa Untuk Negara...Hahaha

Monday, March 23, 2009

Joint Preparations

Basically there are 5 normal joint preparation. There are:
Square

Bevel
V Groove
U groove
J Groove
It is not very difficult to recognize all the types of joint preparation. We can differentiate it by looking at the shape. I will search around the application of each type joint preparation. Where it been used and when it need to be used. If you have any further details, please comments...

Friday, March 20, 2009

Anti Israel

These are the products and brands confirmed by PPIM(Persatuan Pengguna Islam Malaysia) that is directly sent their profit in supporting the Israelis. Please take account to the peoples that still concerned about the fate of Muslim World.

Thursday, March 19, 2009

Shaft Run Out Check

Yesterday i met my client, Mr Great Bedollah. He ask me to do the shaft run out check. I am very grateful because now i know how to do it. Thanks to Mr. Japri and Bedollah that taught me this lesson. I have learn this during metrological lab but i do not realize that it is really important. So let us learn it one more time.
  1. First of all we have to check the dial indicator that we have can be trusted or not. The normal practise is by pressing the tip of dial indicator for a couple of times. If the dial indicator stop at the same point, we can conclude that it is reliable for the calibrating process.
  2. Next is to make sure that the magnetic stand is working properly and the magnetic strength is enough to withstand the weight of dial indicator equipments. Take account the length of the stand because, longer shaft require longer stand for easier calibration process.
  3. Make sure that the surface of the shaft that we want to check is free from dust and any other matters that will effects the calibration result.
  4. Setup the dial indicator to the appointed location.Make sure that the tip touch the shaft surface. Do some test run by rotating the shaft.
  5. Ready with your pen, and result paper and rotate the shaft. Make sure that your eyes is 90 degress with the dial indicator.
  6. Record all the result data. The most important is to record data for highest point and lowest point.
  7. After that, analyze that data, identify snd investigates what is the reason of result obtain. Whether there are dust, corrosion or other defect such as holes.
  8. Then, document all your findings and send report to your client.
Remember to check the shaft at axial point also. Apply force to the shaft in axial direction. Record how long the shaft move when axial force is applied. All equipment has its own tolerance. If the data gathered is within tolerances, so the percentages of failure during operation can be minimize. That's all. Please comment if you want to add anything.

RF TEMS VS FLEXSYS Futsal League


Kuantan, 18 March 2009, satu perlawanan futsal antara RF TEMS dan Flexsys Chemical Malaysia telah diadakan. Perlawan yg berlangsung tepat jam 830 malam tersebut telah disaksikan kira-kira 50 orang penonton. Perlawanan hebat tersebut membuktikan bahawa Malaysia masih lagi punya pemain-pemain futsal berbakat yg mampu diketengahkan di persada antarabangsa. Corak permainan pantas dan saling menyerang cukup memukau pemerhati bola sepak yg hadir malam semalam. RF TEMS yg diperkuatkan dengan penyerang import dari pasukan RAMD iaitu Encik Yus telah berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan pasukan Flexsys. Namun begitu, pasukan Flexsys tidak mudah mengaku kalah dan mampu untuk mengimbangi kelincahan Encik Yus. Perlawanan ini juga menyaksikan kecederaan yg menimpa pemain kedua-dua pasukan iaitu John dan Jang. Walaupun semangat kesukanan yg ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan harus dipuji. Majulah sukan untuk negara...Sila tinggalkan komen anda kalau ada yg terkurang..hehehehhe