
Rabu, 25 Mac 2009. Kejohanan RF TEMS Super Series nampaknya semakin mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih ramai pemain badminton berkelas dunia. Kehadiran pemain ternama
JET Kontrol Macho(Gambar) yang diterbangkan khas dari IM 14 telah menaikkan lagi status kejohanan yg bertaraf 5 bintang ke satu standard yg lebih tinggi. Permainan kemas dan bersahaja daripada pemain handalan tersebut berjaya memukau peminat yg hadir menyaksikan perlawanan pada malam semalam. Namun begitu, kejohanan malam semalam lebih tertumpu kepada kehebatan pasangan
Antutenet dan Hoho. Permainan pantas dan tangkas yg dipersembahkan berjaya mengucarngacir permainan pasangan handalan dunia yg lain terutamanya pasangan yg baru dibentuk iaitu
Am Suara Besar dan Jet.

Jurulatih Badminton Negara, Hj Misbun Sidek, ketika ditemubual oleh wartawan (Gambar) menyatakan "
Saya yakin dengan persembahan anak buah saya pada malam ini"merujuk kepada permainan menarik dan memukau pasangan Antutenet & Hoho. "
Mereka tahu apa yg mereka lakukan dan saya hanya perlu menonton sahaja dari tepi". Pada malam tersebut, persembahan satu lagi pasangan negara agak tenggelam.
Tibty Net dan X-Dolah-X nampak tidak selesa dengan Grit baru raket masing-masing. Kedua-duanya nampak bergelut untuk menyesuaikan diri dengan Grit baru tersebut. Namun begitu, perlawanan yg ditampil semalam sememangnya bertaraf tinggi dan setiap pemain harus dipuji kerana menampilkan semaangat juang yg tinggi... Sekian..Majulah Sukan Untuk Negara..Komenlaa Untuk Negara...Hahaha
No comments:
Post a Comment