Thursday, March 19, 2009

RF TEMS VS FLEXSYS Futsal League


Kuantan, 18 March 2009, satu perlawanan futsal antara RF TEMS dan Flexsys Chemical Malaysia telah diadakan. Perlawan yg berlangsung tepat jam 830 malam tersebut telah disaksikan kira-kira 50 orang penonton. Perlawanan hebat tersebut membuktikan bahawa Malaysia masih lagi punya pemain-pemain futsal berbakat yg mampu diketengahkan di persada antarabangsa. Corak permainan pantas dan saling menyerang cukup memukau pemerhati bola sepak yg hadir malam semalam. RF TEMS yg diperkuatkan dengan penyerang import dari pasukan RAMD iaitu Encik Yus telah berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan pasukan Flexsys. Namun begitu, pasukan Flexsys tidak mudah mengaku kalah dan mampu untuk mengimbangi kelincahan Encik Yus. Perlawanan ini juga menyaksikan kecederaan yg menimpa pemain kedua-dua pasukan iaitu John dan Jang. Walaupun semangat kesukanan yg ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan harus dipuji. Majulah sukan untuk negara...Sila tinggalkan komen anda kalau ada yg terkurang..hehehehhe

1 comment: