
Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya. Dan apabila ALLAH SWT memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. ALLAH SWT melaknat dan memerintahkan mereka turun ke bumi.
Mengikut maklumat yg saya dapat, jin ini terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam(Tidak Soleh). Syaitan pula yang turun ke bumi semuanya jahat(Tidak Islam).
Makanan syaitan sudah semestinye api(asap). Itulah sebabnya, kita dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yg busuk. Namun begitu, kita boleh lihat sendiri didalam cerita dan program yg disiarkan di televisyen dimana asap kemenyan ini digunakan secara berleluasa lebih-lebih dalam kegiatan yg dipercayai ada hubung kait dengan alam ghaib. Ada juga pendapat yg mengatakan, orang-orang yg suka menghisap rokok itu, juga sebenarnya mendekatkan diri mereka dengan jin.
Kata orang, tempat tinggal Jin adalah seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur. Sebab itu, apabila kita ingin buang air kecil di hutan ker, perlu dibaca"Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya, jin sgt takut dengan Nabi Sulaiman. Bukannya cakap,"Ampun Datu, Anak cucu tumpang lalu". Bila masa plak jin dapat pangkat datuk. Kalau tak dapat pangkat datuk pun, bila masa plak kita manusia ini jadi cucu cicit jin. Manusia juga dilarang membuang air dilombong-lombong yg airnya tenang, terutama diwaktu tengah malam kerana Jin suka madi disitu pada waktu itu, Jin juga suka tinggal dirumah yg sudah lama tidak berpenghuni atau rumah baru. Oleh itu, digalakkan membaca surah Al-Baqarah sehingga habis apabila kita memasuki rumah baru.
Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, sebab itulah jika ada dukun yg tahu menilik nasib maka tilikan tersebut adalah pembohongan semata-mata. Mengikut sirah, apabila Nabi Sulaiman memerintahkan jin untuk membina istananya, jin-jin ini begitu tekun membuat kerja sehingga tidak sedar yg Nabi Sulaiman sudah mangkat. Sehinggalah, tongkat Nabi Sulaiman reput dimakan anai-anai dan patah barulah jin tahu bahawa Nabi Sulaiman mangkat.
Last but not least, jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti(tekniknya). Hal ini berlaku kemungkinan disebabkan budak itu terlihat atau terjumpa orang yg dirasuk.

No comments:
Post a Comment