Tuesday, March 10, 2009

RF TEMS Super Series

X-Dolah-X & Raket Keramat Masih Belum Serasi: Ismail

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri, merumuskan ketidakserasian antara raket dan pemain handalan dunia X-Dolah-X menjadi punca kemerosotan prestasi pemain tersebut dalam kejohanan Super Series Tertutup RF TEMS yang berakhir malam semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan menyediakan pakar psikologi dan motivasi terkenal untuk membantu pemain-pemain RF TEMS agar mereka dapat kembali beraksi pada prestasi yg membanggakan. Pakar motivasi yg diterbangkan khas ke Kuantan tersebut adalah En. Rasidi Norman dan beliau akan dibantu oleh jurulatih kecergasan yg tidak asing lagi iaitu Puan Normazlinawaton.
"Saya sangat kecewa." kata Ismail Sabri ketika ditemui di Dewan Tertutup Indera Mahkota 2 semalam."Saya cuma berpuas hati dengan prestasi Tibty Net, tetapi dia perlu bekerja keras lagi. Pemain yg lain pula begitu mengecewakan".

No comments:

Post a Comment